Monday, November 5, 2012

Alhamdulillah..I thank Allah..


Jika aku merasa lelah
dan tak berdaya
dari usaha yang sepertinya sia-sia,
Allah tahu betapa keras aku sudah berusaha.

Ketika aku sudah menangis sekian lama
dan hati ku masih terasa pedih,
Allah sudah menghitung air mata ku.

Jika aku fikir bahawa hidup ku sedang menunggu sesuatu
dan waktu terasa berlalu begitu saja,
Allah sedang menunggu bersama dengan ku.

Ketika aku merasa sendirian
dan teman-teman ku terlalu sibuk untuk bertanya khabar,
Allah selalu berada di samping ku.

Ketika aku fikir bahawa aku sudah mencuba segalanya
dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi,
Allah mempunyai jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal
dan aku masih merasa tertekan,
Allah dapat menenangkan ku.

Jika tiba-tiba aku dapat melihat jejak-jejak harapan,
Allah sedang berbisik kepada ku.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar
dan aku merasa ingin mengucap syukur,
Allah telah memberikan berkah-Nya kepada ku.

Ketika sesuatu yang indah terjadi
dan aku dipenuhi ketakjuban,
Allah telah tersenyum kepada ku.

Ketika aku memiliki tujuan untuk dipenuhi
dan mimpi untuk digenapi,
Allah sudah membuka mata ku
dan memanggil ku dengan nama ku.

Ingatlah bahawa di mana pun aku
atau ke mana pun aku menghadap,
Allah tahu.

Adalah kerana Allah Maha Mengetahui
sedangkan aku dan kamu tidak mengetahui apa-apa.


~reeyan ritz~

No comments: