Biar aku hilang, tenggelam.. di dasar lautan.. jgn dicari, jgn digali..
biar tersimpan rapi..
tanpa ada yang mengingati..
Aku memang begini,
aku memang suka melawan perasaanku,
agar tidak nampak di mata...hati..
bukan membenci, tp menyayangi
menyayangi agar disayangi tidak disakiti,
seperti bintang, akan datang dan pergi,
malam menjelma, ia memunculkan diri,
kerdipannya tetap menyinari,
tetapi tidak di siang hari,
seperti mutiara tersimpan jauh di dasar bumi
sinarnya hanya muncul bila digali, dicari,
tetapi aku tidak akan mencari,
kerana takut tersalah lagi..
biarlah aku dicari..
aku yakin semua telah dijanji tanpa dimungkiri..
No comments:
Post a Comment